ellowwww~~~ ^^
Lama suda nda mencoret
di sini ba ( hahaha...slanga Sabah suda )
Setelah agak lama tidak
melakar sesuatu yang di indah di blog nie. Saya mulakan dengan kenangan
terindah di Teratak Riverview selama 4 hari... ^^
KAMI GANYANG RASUAH
09-12 Nov 2012
Teratak Riverview, Ulu
Bernam, Selangor
Pengisian : ice
breaking, night walk, jungle trekking, LDK, explorace
Maju di depan musuh
undur aku kalah.... Antara pergi dan tidak... Naluri hati yang di pilih kerana
mata hati sentiasa "bijak" ^^
Setelah
"dipaksarelakan" oleh roomate akhirnya ter"join" pula
dengan bengkel SPRM di Teratak Riverview selama 4 hari.
Bengkel ini lah
satu-satunya, satu program yang pernah disertai tidak mengetahui intipati
"resepi" bengkel yang dianjurkan. Apa yang penting terbayang di kotak
fikiran adalah seminar or ceramah sebab perkataan definisi "bengkel"
itu sendiri. Jadi perasaan yang dapat di gambarkan adalah boleh dinyatakan
dengan satu perkataan sahaja "BOSAN".
Hari pertama sebelum
bertolak, rombongan yang diketuai IKAN BUNTAL MERAH (Nadd) ^^ meminang putera
Teratak Riverview dihantar oleh ayahanda SUKSIS Athif...daripada 10 orang
rombongan kami menjadi 6 orang...sedih gak sebab geng kami agak pincang kerana
ada hal "negara" di saat akhir.
Kami telah pergi
bergabung bersama SUKSIS Junior dan Kelab Pencegah Rasuah UM. Jadi semuanya
seramai 24 orang.
Kami telah "beramah
mesra" dengan orang UPNM di SPRM HQKL dengan ice breaking yang paling
"lama" iaitu dalam masa 5 minit. ^^
Pukul 6 lebih kami
menjejak kaki di sebuah taman "syurga" yang indah disambut dengan
lambaian mesra dari alam dan seruan suara yang merdu begitu mengasyikkan...
Damai di hati ^^ Thank a lot God.
Perjuangan kami
diteruskan dengan NIGHT WALK pada hari itu juga. Setelah di bahagikan kepada 9
kump kami memulakan pergerakan tetapi diselang seli dengan 3 lelaki.
Keselamatan bersama ^^
Perjalanan malam itu
memang menyeronokkan apabila dengan bersuluhkan bulan dan bintang di langit
kami selalu "mencelop oreo". Enak sungguhhhh ^^ Saat-saat menghayati
keindahan alam tiba-tiba apabila Nitrogen + Karbon dioksida + Hidrogen + Metana
membawa lagu Stacy dan Adam "bergabung dan meletup" menjadi letupan
"bom atom" lah. Tapi yang tidak boleh diterima akal adalah sempat
juga rakan dari UPNM menunjukkan ditengah hutan ada "tandas
bergerak". ^^
Hari kedua kami
diteruskan dengan aktiviti JUNGLE TREKKING.
"Puan,
apa program kita hari ni?"
"Sarapan
dulu lepas tu berkumpul. Jungle trekking." Jawapan dari Fasi. Comel tak.
^^
"Pergi
mana Puan?"
"Masuk
hutan."
Doa adalah pengiring
perjalanan setelah briefing di berikan oleh En. Hakim. Katanya "Jumpa lagi
pukul 4 petang dari sekarang." (Senyuman melebar di muka ) Maksudnya 8 jam
dari masa tu yang menunjukkan pukul 9 pagi. Cann't imagined beb ^^ Belum pernah
terlakar di kepala nie jungle trekking 8 jam melainkan daki gunung la... apa
boleh katakan FUHHHHH~~~~
Pelbagai peristiwa
menarik di dalam filem 8 jam hahahaha.... gelagat hero menyelamatkan
herion semasa aksi "tarzan" tapi ada unsur "negatif"
disitu ^^ (tersenyum aku mecoretkan peristiwa di sini), kasut terlekat dan kami
terpisah dari kump yang laen... di sini "wonderpant" muncul... i mean
kerjasama satu pasukan... seronok... rindu saat ini kerana kami 3 orang Nadd
dan Area sentiasa jadi penyanyi khas hutan dengan "mencantikkan lagi
lirik2 lagunya" hahaha...
Hari ke-3, paling
mencabar apabila 3 aktiviti dibuat sekali gus.. 3 in 1 katakan.. rentas
halangan, water confident dan explorace... ada unsur "kebadangan" di
situ.. ^^ Di sini pelbagai aksi muncul ada "running man" khas untuk
rakan SUKSIS dan paling penting gayat tahap gaban sentiasa ada sehingga membawa
tarian "GANGNAM STYLE".
Next, aksi adalah
apabila "duyung" dan "dugong" berkubang menjalani rawatan
spa "lumpur" paling comel...
"yang
kau pergi langgar tayar kenapa?"
"macam
mana nak pusing tak nampak belakang tak ada side mirror."
satu
jawapan dari rakan-rakan yang laen
HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sampai ada
yang "terminum" teh tarik..
Water Confident ? Seram sejuk..dah
memang air sungai sejuk nak buat macam mana kannn.. seram tu bab batu yang
"kecik-kecik"
ayat tak boleh blah adalah "
maap minyak brek habis" ( dengan muka terkejut dan selamba) bukan unsur
lawak tapi memang terkejut apabila melihat "Rescueman" di sekeliling.
Saat berlayar dengan kapal layar hitam (pelampung) terbalik di pukul
"Ombak Rindu" menyebabkan tiang layar kanan rosak ( lebam). Dan cop
itu masih ada sehingga saat tangan menari mengetuk papan keyboard saat
ini.
Namun, malam itu , kump 1 HEGEMONI
is the best masuk TOP 3 haha..apabila menjadi NAIB JUARA... Congratez
rakan-rakan ^^
Hari terakhir adalah hari
perpisahan, apabila setelah 3 hari menjalinkan hubungan persahabatan antara UM
+ UPNM + SPRM.... kesedihan terasa. Tapi sebelum bertolak lawan cheers adalah
wajib hahaha...
"UM
is 1"
tetapi
cheer rakan-rakan UPNM tidak menjadi
Dr cakap
" boo sama mereka"
"BOOOOOOOO"
(tergelak
mesra tanda persahabatan)
Jangan
salahkan perpisahan kerana tidak kan wujud sebuah PERTEMUAN ini.
Selamat
tinggal
Goodbye
Sayonora
La-kon ^^
Di
sini menunggu di sana menanti
Sampai
bila ku sendiri tak pasti
Kenangan
terindah menjadi saksi
Semoga
persahabatan kekal abadi
Tuai
padi di antara masak
Esok
jangan layu layuan
Inilah
kami antara nampak
Esok
jangan rindu rinduan

















